Xiaomi Redmi Note 4 Versi Snapdragon 625 Akan Berada Di Pasaran Malaysia Mula 16 Mac Ini

0
209

Xiaomi telahpun mengumumkan secara rasmi pelancaran penjualan Xiaomi Redmi Note 4 di Malaysia. Xiaomi juga telah mendedahkan specifikasi telefon pintar ini berserta dengan harganya kepada umum.

Apa yang menarik, Xiaomi telah memilih untuk memasarkan specifikasi sederhana ataupun “Mid-Tier Specification” bagi telefon pintar Redmi Note 4 ini. Specifikasi yang sama telah dipasarkan sebelum ini ke market India, kini dibawa masuk pula ke pasaran Malaysia. Specifikasi Bagi Xiaomi Redmi Note 4 yang dimaksud ini adalah seperti berikut:

Design Dan Feature Bagi Xiaomi Redmi Note 4

Dari segi designnya pula, badan Redmi Note 4 ini diperbuat daripada aluminium. Ianya mempunyai saiz skrin yang berukuran 5.5 inci Full HD Display. Skrinnya yang diliputi dengan kaca melengkung 2.5D (curved glass). Ciri-ciri ini menjadikan penampilan Redmi Note 4 sememangnya eksklusif dan premium.

Redmi Note 4 dilengkapi dengan 13 megapixels (f/2.0) PDAF kamera belakang dan 5 megapixels bagi kamera hadapan. Antara feature lain bagi telefon pintar ini ialah:

  • Terdapat fingerprint scanner di bahagian belakang
  • Kapasiti bateri yang sangat besar, 4100 mAh
  • Boleh memuatkan dua simcard 4G, Dual SIM (micro/nano)
Harga Xiaomi Redmi Note 4 Di Malaysia

Xiaomi Redmi Note 4 ini akan dijual dengan harga sekitar RM799 dan akan dijual melalui Xiaomi Store di Lazada Malaysia bermula dari 16 Mac ini. Jualan pre-order akan bermula lebih awal iaitu bermula dari 10 March ini.

(Source: lowyat.net)