Xiaomi Mi 5C Guna Chipset Keluaran Pertamanya Sendiri, Xiaomi Surge S1

0
292

Tahukah anda Xiaomi telah mengeluarkan satu cip pemproses (chipset) baru yang dinamakan Surge S1? Selain daripada Samsung dan Apple, kini giliran Xiaomi pula mengeluarkan chipsetnya yang tersendiri, dan akan digunakan pada produk smartphone mereka yang terbaru iaitu Xiaomi Mi 5C.

Surge S1 Chipset Keluaran Pertama Xiaomi

Walaupun ini kali pertama Xiaomi mengeluarkan chipset mereka sendiri, teknologi yang digunakan setanding dengan cip pemproses yang lain seperti Mediatek, Snapdragon dan Exynos. Surge S1 juga mempunyai feature yang terkini seperti chipset yang sedia ada dipasaran.

Chipset Surge S1 menggunakan konfigurasi kuasa tinggi-rendah (high-low CPU configuration), dimana 4 cores yang pertama adalah sama seperti chipset ARM Cortex-A53 tetapi hanya disetkan pada 2.2 GHz. Manakala, 4 cores yang lain adalah “low power cores” dengan hanya 1.4GHz. Dari segi prestasinya, chipset ini mempunyai benchmark yang setanding dengan chipset lain seperti Qualcomm Snapdragon 625 dan Mediatek Helio P20.

Xiaomi Mi 5C Smartphone Pertama Guna Surge S1

Xiaomi Mi 5C merupakan smartphone keluaran terbaru daripada Xiaomi yang telah dilancarkan pada bulan Febuari yang lalu. Xiaomi Mi 5C dijangka akan berada di pasaran pada bulan Mac ini. Smartphone ini mempunyai skrin bersaiz 5.15 inci dengan resolusi HD, 1080p.

Selain itu, Xiaomi Mi 5C juga mempunyai 3GB RAM dan 64GB memori dalaman. Malangnya, smartphone ini tidak mempunyai slot MicroSD untuk memori tambahan. Xiaomi Mi 5C akan menggunakan OS Android 7.1.1 (Nougat) dengan MIUI 8. Terdapat juga pengesan cap jari (fingerprint scanner) yang terletak pada bahagian hadapan “Home Button”.

Specifikasi Ringkas Xiaomi Mi 5C
  • Chipset: Xiaomi Surge S1
  • CPU: Octa-Core (4×2.2 GHz Cortex-A53 + 4×1.4 GHz Cortex-A53)
  • RAM: 3GB
  • Memori: 64GB
  • Paparan Skrin: 5.15″
  • Kamera: 12MP (Belakang) / 8MP (Depan)
  • Specifikasi Penuh Xiaomi Mi 5C
Feature Xiaomi Mi 5C
  • Mempunyai Fingerprint Scanner pada bahagian hadapan
  • Menyokong Fast Charging
  • Menggunakan penyambung USB Type-C

Harga Xiaomi Mi 5C dijangkakan lebih kurang separuh daripada harga Xiaomi Mi 5S iaitu sekitar RMB1,499 (RM966). Xiaomi Mi 5C dijangka akan mula dipasarkan pada bulan March ini.

(Source: @xiaomi)