Tak Kenal Maka Tak Cinta, Nokia 3310 Kini Kembali

0
232

Siapa yang tidak ingat akan telefon model ini? Sudah pasti ramai yang pernah memilikinya sebelum ini. Nokia 3310 nama yang tidak asing lagi semestinya mengimbau banyak kenangan nostalgia kepada kita. HMD Global sebuah syarikat yang telah memberikan nafas baru kepada jenama Nokia, telah mengumumkan bahawa model legenda Nokia 3310 itu akan kembali dengan penampilan terbaru.

Permintaan terhadap telefon Nokia 3310 versi baru ini memang tidak dapat diduga. Hal ini kerana bilangan pre-order di kebanyakan laman web retailer seluruh dunia telah membuktikan bahawa ramai yang ingin memiliki edisi baru telefon ini. Pasti ramai yang masih tidak tahu kelebihan Nokia 3310 edisi baru ini. Mari kita lihat ciri-ciri dan kelebihan yang terdapat pada telefon jenama Nokia ini:

Feature Nokia 3310 Edisi Baru
  • Hanya menyokong rangkaian 2G (termasuk GPRS & EDGE)
  • Mempunyai ketebalan 12.8 mm (9.2 mm lebih tipis)
  • Boleh memuatkan dua simcard (mini sim)
  • Memiliki memori dalaman sebanyak 16MB
  • Memori boleh ditambah melalui MicroSD (up to 32GB)
  • Boleh memainkan mp3 dan video dalam format tertentu
  • Kini mempunyai kamera belakang (2MP) dan boleh merakam video
  • Menyokong Bluetooth 3.0, MicroUSB 2.0 dan FM radio
  • Kapasiti Bateri 1200 mAh (3 kali ganda lebih lama dari versi sebelumnya)

Sudah tentu masih ramai lagi yang ingin menggunakan telefon seperti ini, terutamanya orang-orang lama. Mereka yang lebih selesa untuk menggunakan telefon seperti ini daripada telefon pintar zaman sekarang bolehkan membelinya. Setakat ini Nokia 3310 hanya dijual dipasaran Eropah, dan mungkin akan sampai pasaran Malaysia sekitar suku kedua (2nd quarter) 2017 iaitu diantara bulan April hingga Julai.

Harga Nokia 3310 Edisi Baru Di Malaysia

Nokia 3310 akan dijual di pasaran Eropah dengan harga  €49 (RM230). Tarikh pengeluaran rasminya belum dipastikan lagi tetapi telefon ini telah mula dijual secara pre-order di Eropah. Untuk pasaran Malaysia pula, harga Nokia 3310 edisi baru ini dijangka sekitar RM200.

(Source: gsmarena.com)