Oukitel U20 Plus Smartphone Dual Kamera Dengan Hanya RM639

0
293

Belakangan ini, pasaran Oukitel di Malaysia kelihatan seakan-akan menyepi. Hakikatnya, syarikat China ini sebenarnya telahpun mengeluarkan satu lagi smartphone baru iaitu Oukitel U20 Plus. Smartphone yang dilengkapi dengan duo kamera ini dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu sekitar RM639.

U20 Plus ini menggunakan chipset Mediatek MTK6737T 1.5 GHz quad-core dengan 2GB RAM, 16GB memori dalaman dan mempunyai slot MicroSD untuk penambahan memori, maksima sehingga 128GB. U20 Plus mempunyai skrin bersaiz 5.5″ Full HD IPS display yang meggunakan kaca 2.5D buatan Sharp. Smartphone ini juga dilengkapi dengan pengesan cap jari (fingerprint scanner) pada bahagian belakangnya. Kapasiti bateri bagi peranti ini ialah 3,000 mAh.

Specifikasi Ringkas Oukitel U20 Plus
  • Chipset: Mediatek MTK6737T
  • CPU: Quad Core 1.5GHz Cortex-A53
  • RAM: 2GB
  • Memori: 16GB
  • Paparan Skrin: 5.5″
  • Kamera: 13MP (Belakang) / 5MP (Depan)
  • Bateri: 3,300 mAh (Li-Ion)

Harga U20 Plus ini sememangnya sangat berbaloi dengan kualiti kameranya. Smartphone ini dilengkapi dengan Dual 13 megapixels kamera dengan menggunakan Sony IMX135 sensor dan juga 0.3 megapixel kamera kedua untuk kualiti gambar yang lebih jelas. Oukitel U20 Plus kini sudah berada di pasaran Malaysia dan boleh didapati dengan harga RM639 dengan menawarkan 3 jenis warna “Jet Black, Space Grey, Champagne Gold”.

(Source: lowyat.net)