Nokia 6 Terlajak Laris Stok Habis Selepas Beberapa Minit Dijual

0
224

HMD Global telah melancarkan Nokia 6 di China selepas CES tanpa acara rasmi. Peranti ini telah memecah pelbagai rekod dan mencapai bilangan pengguna yang banyak dalam masa yang singkat. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, jualan telefon pintar ini terlajak laris. Ianya juga berlaku pada jualan stok versi 32 GB Nokia 6, ia laris dijual dengan sekelip mata sahaja.

Nokia 6 telah dijual secara online di China, JD.com dengan harga CNY1,499 atau dalam RM967 namun ianya habis dijual dengan hanya beberapa minit. Peranti ini akan dijual dengan harga €229 (RM1243) untuk versi 3 GB RAM + 32 GB memori dalaman. Manakala terdapat juga versi Arte Black dengan harga €299 (RM1623) dan mempunyai 2 kali ganda memori lebih banyak (4GB RAM+ 64GB ROM).

Specifikasi Ringkas Nokia 6
  • CPU: Octa-Core 1.4 GHz Cortex-A53
  • RAM: 3/4GB
  • Memori: 32/64GB
  • Paparan Skrin: 5.5″
  • Kamera: 16MP (Belakang) / 8MP (Depan)
  • Warna:
    • Matte Black, Tempered Blue, Silver, Copper (32GB/3GB RAM)
    • Arte Black (64GB/4GB RAM)

(Source: gsmarena.com)