iPhone 7 Case Paling Mahal Berharga RM24.5K?

0
320

Syarikat Louis Vuitton telah membuat “case” untuk badan iPhone 7 yang bernilai $5,500 (RM24,484) untuk jenis Golden Crocodile Leather. Harga iPhone 7 case ini sememangnya mengarut malah ia lebih mahal dari harga iPhone 7 itu tersendiri. Case mewah ini dipanggil “Eye-Trunk” kerana ia boleh membuatkan iPhone anda nampak seperti Leather Trunk. Case Eye Trunk yang dianggap paling murah adalah “Traditional Monogram” bernilai $1,250 (RM5,565).

Ini adalah barang yang sangat eksklusif, khas dibuat untuk iPhone 7 dan iPhone 7 plus pada tahun 2016. Produk Louis Vuitton memang tidak boleh dibeli terus secara online. Pelanggan yang ingin membelinya haruslah membuat tempahan melalui panggilan telefon terlebih dahulu. Jika anda berminat untuk memiliki case ini, sila layari laman web Louis Vuitton untuk mendapat maklumat lanjut.

(Source: louisvuitton.com)