Infinix Cuba Masuk Pasaran Smartphone Malaysia

0
295

Rasanya ramai yang tidak kenal akan Infinix kerana mereka tidak pernah memasarkan produk mereka ke Malaysia. Infinix adalah sebuah syarikat pengeluar smartphone dari China yang ditubuhkan pada tahun 2013.

Infinix kini sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran Malaysia dengan sebuah smartphone yang belum diketahui lagi. Syarikat China ini merupakan sebahagian daripada Google Android One Program yang mana pasaran mereka sebelum ini tertumpu hanya di sebahagian besar Afrika, Indonesia, Vietnam dan juga Philippine.

Setakat ini belum ada maklumat terperinci lagi mengenai produk smartphone yang bakal dilancarkan oleh Infinix di Malaysia. Berkemungkinan tiggi, mereka akan mengeluarkan smartphone dengan harga yang mampu milik. Contohnya, smartphone Infinix Hot 2 keluaran syarikat ini berharga hanya sekitar $100 (RM 450) di Nigeria.

Mari kita tunggu dan lihat, bagaimana Infinix cuba memasuki pasaran Malaysia dengan persaingan sengit yang sedia ada diantara brand-brand China di Malaysia seperti Xiaomi, Vivo, Oppo dan terkini Neffos.

(Source: lowyat.net)