Helio X30, 7nm Chipset Keluaran Mediatek Dengan 12 Cores

0
236

Mediatek telahpun mengumumkan chipset keluaran terbaru mereka iaitu Helio X30, dan ianya dijangka akan digunakan pada smartphone keluaran suku kedua (2nd quarter) tahun 2017 ini. Chipset yang dihasilkan oleh syarikat China ini bersaiz 7nm dan mempunyai 12 core.

Mediatek dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TMSC) telah bekerjasama bagi menghasilkan chipset Helio X30, yang mana ianya lebih cekap dan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada chipset keluaran sebelumnya, Helio X20.

Chipset yang bersaiz 7nm ini akan mempunyai 12 core, 2 core lebih banyak berbanding Helio X20 yang hanya memiliki 10 core. Smartphone yang bakal menggunakan chipset ini sudah pasti akan mempunyai prestasi yang baik dari segi kelajuan memproses data dan sistem operasinya.

(Source: gsmarena.com)