Hati-Hati Jangan Terbeli Samsung Galaxy S8 Clone!

0
310

Samsung Galaxy S8 CloneBaru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar Samsung Galaxy S8 clone di laman web Weibo (website seperti Twitter di China). Rupa bentuk Galaxy S8 ini hampir serupa dengan Galaxy S8 yang sebenar. Cuma terdapat sedikit perbezaan dari segi fizikal, tetapi perbezaannya sangat ketara dari segi performance dan hardware dalamannya.

Apa yang berlaku, Samsung Galaxy S8 clone telahpun keluar terlebih dahulu, sedangkan pelancaran official Samsung Galaxy S8 akan dilakukan pada 29 March nanti.

Gambar-gambar Galaxy S8 clone yang dimuat naik ke Weibo itu ditag dengan “Huaqiangbei is being abusive”. Huaqiangbei adalah sebuah daerah yang popular sebagai tempat pengilangan dan pembuatan barang-barang elektronik di Shenzhen, China. Pemasangan dan pengilangan Samsung Galaxy S8 telah dibuat oleh kilang-kilang di sekitar Huaqiangbei ini. Mungkin disebabkan itulah, pengilang tersebut cuba mengambil kesempatan untuk clone Samsung Galaxy S8 ini.

Bagi sesiapa yang ingin membeli Samsung Galaxy S8, diharap anda lebih berhati-hati. Jangan sampai anda terbeli Samsung Galaxy S8 versi clone. Anda dinasihatkan agar membeli smartphone ini daripada retailer store yang disenarai di laman web Samsung Malaysia (Store Locator).

(Source: gizmochina.com)