Edisi Terhad Huawei Mate 9 Black Dan Honor 8 Pearl White Di Malaysia

0
189

Huawei baru-baru ini telah mengeluarkan satu lagi smartphone baru iaitu Huawei Mate 9 Black Limited Edition. Manakala, Honor pula memperkenalkan koleksi baru bagi smartphone Honor 8 sempena meraikan White Day.

Huawei Mate 9 Black Limited Edition

Selain dari segi warna, Mate 9 ini mempunyai persamaan dari segi specifikasi “hardware” dengan model yang lain. Ianya mempunyai skrin bersaiz 5.9 inci, 1080p IPS LCD Display, Kirin 960 chipset, 4GB RAM dan 64GB memori dalaman. Dari segi kameranya pula, Mate 9 ini dilengkapi dengan duo 20 megapixels + 12 megapixels bagi kamera belakang dan 8 megapixels bagi kamera hadapannya. Kapasiti bateri untuk peranti ini ialah 4000 mAh. Mate 9 Black akan dipasarkan di Malaysia pada harga sekitar RM2,699.

Specifikasi Ringkas Huawei Mate 9 Black
  • Chipset: Hisilicon Kirin 960
  • CPU: Octa-Core (4×2.4 GHz Cortex-A73 + 4×1.8 GHz Cortex-A53)
  • RAM: 4GB
  • Memori: 64GB
  • Paparan Skrin: 5.9″
  • Kamera: Dual 20 MP + 12 MP, f/2.2, Leica Optics, Phase Detection & Laser Auto-Focus
  • Bateri: 4000 mAh (Li-Po)
Honor 8 Pearl White Limited Edition

Honor juga telah memperkenalkan koleksi baru sempena meraikan White Day iaitu bundle Honor 8 yang mana mengandungi Honor 8 Pearl White, Honor Band Z1, Shiroi Koibito White Chocolate dan juga White Roses Soap.

Honor 8 mempunyai skrin bersaiz 5.2 inci, 1080p LTPS LCD Display, Kirin 950 chipset, 4GB RAM, 32GB memori dalaman dan dilengkapi dengan duo 12 megapixels bagi kamera belakang dan 8 megapixels bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri untuk peranti ini ialah 3000 mAh. Harga pasaran untuk bundle Honor 8 ini ialah RM1,834 manakala Honor 8 White Pearl sahaja berharga sekitar RM1,699.

Specifikasi Ringkas Honor 8 Pearl White
  • Chipset: Hisilicon Kirin 950
  • CPU: Octa-Core (4×2.3 GHz Cortex-A72 + 4×1.8 GHz Cortex A53)
  • RAM: 4GB
  • Memori: 32GB
  • Paparan Skrin: 5.2″
  • Kamera: Dual 12 MP, f/2.2, Laser Auto-Focus
  • Bateri: 3000 mAh (Li-Po)

(Source: lowyat.net)